}

.

3 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Lokkawi 88200 Kota Kinabalu Sabah

Thursday 18 October 2012

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS KELANTAN

Photobucket
Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 penyokong dan peminat pasukan bola sepak Tentera dijangka membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan final Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini. Pengerusi Kelab Penyokong Tentera, Lt Kol Abd Rahman Mahmud, berkata mereka kebanyakan anggota Tentera, keluarga mereka dan peminat setia pasukan dari seluruh negara. Ditubuhkan dua tahun lalu Katanya, dari kalangan ribuan penyokong yang akan hadir ke stadium termasuk 4,000 ahli kelab yang menggelarkan diri mereka Helang Rimba yang diwujudkan dua tahun lalu. “Mereka adalah penyokong tegar yang akan memeriahkan stadium dengan pukulan gendang, sorakan dan nyanyian lagu bersemangat patriotik yang sering dinyanyikan dalam tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari awal hingga tamat permainan,” katanya semalam.

No comments:

Click Here To add Comment

Post a Comment

Blogger Widgets