}

.

3 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Lokkawi 88200 Kota Kinabalu Sabah

Gerakan Di Kelantan

Pada bulan Jan 1953, pasukan telah kembali ke Kelantan. Semasa melaksanakan tugas gerakan sehingga bulan Jan 1955, pelbagai peristiwa telah berlaku. Antaranya, Pbt Yaakob yang terkorban ditembak pengganas pada 27 Jul 1953 serta kejayaan Kompeni B membunuh tiga pengganas komunis semasa serang hendap dalam tahun yang sama. Pada 5 Mac 1954, Kompeni B yang diketuai oleh Mej Brown telah membunuh tiga lagi pengganas komunis semasa serang hendap di Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan. 


Seterusnya, pada 15 Okt 1954, kompeni campuran yang diketuai oleh Mej Brown telah berjaya membunuh lima orang pengganas komunis yang dipercayai terlibat di dalam pertempuran di Sungai Semur. Pasukan telah menerima banyak utusan tahniah diantaranya dari Sir Donald Mac Gillivary, Pesuruhjaya Tinggi Malaya dan Lt Jen Sir Geoffrey Bouse, Pengarah Operasi. Di atas kejayaan yang membanggakan, pasukan telah dipersekutukan dengan The Royal Warwickshire Fusiliers pada 1 Nov 1954. 

Kejayaan terakhir pasukan semasa berada di Kelantan adalah pada bulan Januari 1955 di mana satu serang hendap yang diketuai oleh Mej Brown telah berjaya membunuh tiga pengganas komunis. Namun demikian, pasukan telah kehilangan seorang anggota iaitu 4024 Sjn Khalil bin Burok.

No comments:

Click Here To add Comment

Post a Comment

Blogger Widgets