}

.

3 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Lokkawi 88200 Kota Kinabalu Sabah

Peristiwa Sungai Semur

Pertempuran ini berlaku di Sungai Semur, Hulu Kelantan di kawasan Gua Musang pada 23 Mac 1950. Peristiwa ini menyaksikan Platun 12 Kompeni D yang diketuai Lt M Hassan bin Yasin berkekuatan 26 anggota telah diserang hendap oleh pengganas komunis berkekuatan 250 orang. Di dalam pertempuran ini, 17 anggota terkorban semasa pertempuran termasuk Lt Hassan. Lapan lagi anggota yang mengalami kecederaan telah meninggal dunia kemudian. Hanya tiga anggota sahaja yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala di pihak pengganas komunis pula dianggarkan 30 orang telah mati. Seorang anggota telah dianugerahkan pingat Distinguished Conduct Medal (DCM) manakala dua anggota dianugerahi pingat Military Medal (MM).

No comments:

Click Here To add Comment

Post a Comment

Blogger Widgets