}

.

3 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Lokkawi 88200 Kota Kinabalu Sabah

Ragaan Batalion


SEJARAH AWAL PENUBUHAN
Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja telah ditubuhkan pada 1 Jul 1948 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Batalion ini merupakan batalion pertama yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama dan semasa tercetusnya darurat pada tahun 1948 – 1960. Asas keanggotaan batalion ini adalah daripada Batalion Pertama dan Batalion Kedua RAMD yang ditubuhkan terlebih dahulu. Pada awal penubuhannya, kebanyakan pegawai terdiri daripada rakyat British. Pegawai Memerintah pertama batalion ini adalah Leftenan Kolonel W.O. Walton. Pegawai-pegawai Melayu hanya terdiri daripada pegawai yang berpangkat Kapten dan Sabaltan.
RAGAAN BATALION
'WISMA PERAK'

Ragaan pasukan adalah berupa replika bangunan Wisma Perwira 3 RAMD di Kem Pengkalan Chepa, Kelantan yang diperbuat daripada perak. Ia juga melambangkan Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berharap agar perwira-perwira batalion tersebut sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa dalam kesejahteraan selalu. Ragaan ini telah dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Yahya Petra pada 15 April 1955. Nilai semasa ragaan ini ialah RM 6136.00.

No comments:

Click Here To add Comment

Post a Comment

Blogger Widgets