}

.

3 Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Lokkawi 88200 Kota Kinabalu Sabah

Peristiwa Kalabakan

Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, pasukan telah diaturgerak ke Sabah pada awal bulan Dis 1963. Satu lagi peristiwa penting pasukan berlaku ketika ini iaitu pertempuran di Kalabakan. Pada 29 Dis 1963, jam 2045 Pos Kalabakan telah diserang oleh Tentera Indonesia dan menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua belah pihak berlarutan sehingga jam 2300.

Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 16 yang lain cedera. Mereka yang terkorban adalah Mej Zainal bin Hj Yaakub (5415), 13960 LKpl Abdullah bin Abdul Rahman, 11471 LKpl Ismail bin Mat, 11509 Pbt Md Zain bin Yaakub, 14469 Pbt Sharudin bin Yasin, 11245 Pbt Abdul Aziz bin Ghani, 13784 Pbt Ismail bin Mansor dan 14447 Pbt Yusuf bin Sulung. Rentetan dari pertempuran ini, sehingga 12 Jan 1964, seramai 22 orang musuh dibunuh dan ramai ditawan.


Pada 27 Jan 1964, Platun 5 yang diketuai Lt M Ishar telah bertempur dengan musuh. Seorang tentera Indonesia terbunuh, manakala dua pucuk senapang, 12 grened dan banyak peluru dirampas. Pada 28 Jan 1964 pula, Platun 6 yang diketuai Lt M Abdul Aziz telah membuat serang hendap di Estet Merutai dan berjaya membunuh tiga orang musuh. Seorang lagi musuh telah dibunuh semasa serang hendap pada 19 Apr 1964.

No comments:

Click Here To add Comment

Post a Comment

Blogger Widgets